habis sudah rasa amarah,
kau seakan lupa apa sebabnya kau rasa bagai mahu menghentak kaki ke tanah,
mencakar setiap permukaan kulit,
memukul dinding konkrit,
biar rasa sakit ganti rasa neraka.
hati yang sentiasa tidak sabar,
jiwa yang selalu memberontak,
perasaan yang selalu bergolak,
seakan kau jadi orang yang tidak dikenali,
selalu kau persoalkan "siapa kau"?
dan dia membalas "aku adalah kau, tetapi hodoh".
sebab yang membuatkan datangnya rasa marah, kadang kekal di minda,
habis sudah rasa amarah,
kau seakan tersentak, sekarang lebih memahami sekeliling,
baru kau rasa realiti,
yang kau tengking itu,
bukannya benda mati,
tapi orang yang punya hati.
siapa yang boleh dipersalahkan?
itu yang ada di kepala, saat aku hilang segala kawalan,
seakan akal bukan aku yang punya,
seakan aku jadi orang yang tidak dikenali,
selalu aku tanya "siapa kau?"
dan dia membalas "aku adalah kau, tetapi hodoh".