Saturday, July 10

dua tahun pandemik

Salam, aneh rasanya menaip setiap satu, selalunya aku lebih kepada puitis, tak ada bakat nak jadi penulis novel, tapi kali ini, aku rasa macam perlu aku luahkan apa yang aku rasa.

dah nak dua tahun perintah kawalan berkurung dilaksanakan oleh kerajaan. 

lebih spesifik, pada hari ini bertarikh 10 July 2021 dah 1 tahun 3 bulan 2 minggu dan 4 hari. 

aku ingat jelas lagi masa Muhyiddin bagi ucapan pasal Covid on 14th March 2020 aku ada dalam kereta dengan atoi, ama, sofi balik dari mcd.

masa tu tak terlintas dek akal, keadaan was so serious. 

the next day 15th March, we went for a hike knowing ada kes covid masa tu at 41 cases. 

and then pihak UiTM decided utk buat kelas online on 16th March,

tapi malam tu juga kerajaan umumkan akan ada total lockdown. 

 

the next day i drove back home to Kajang.

itulah memori terakhir aku dengan kawan kawan di kampus. ada banyak lagi jadi and aku gembira tapi mcm dah kabur ingatan sebab dah setahun berlalu. 

 

hari ni kes mecanak naik ke 9,353 dengan kematian 87 orang,

kalau kau tanya aku lah kan, 

sebagai manusia yang dah 23 tahun, 

yang terpaksa jalani kehidupan harian di rumah, terkurung selama 2 tahun, 

apa yang aku rasa...

aku rasa takut. aku rasa marah, rasa sakit, rasa mcm nak mengalah. i do not want to die tapi aku rasa nak cease from existing. harap aku tak pernah wujud. tapi, aku golongan yang bertuah, ada kedua ibu ayah masih bekerja, ada keluarga yang boleh bantu kalau susah, ada teman yang selalu bagi sokongan dan birthday tahun ini yang ke dua tiga ini paling bermakna. 

 

sahira kata "kau disayangi weh" 

benda benda ni buat aku serba salah nak luahkan apa aku rasa, sedangkan aku mampu. sedangkan aku bertuah, aku beruntung. 

 

purata kes bunuh diri pada hari ni adalah 2 dalam masa sehari,

kau bagitahu aku, siapa pun kau,

macam mana aku nak bantu? 

bila aku pun rasa tak terbawa beban di bahu,

kawan baik aku emosi tak stabil,

kawan baik aku ada yang contact rapat positive Covid, menangis bagitahu aku tak boleh bernafas,

tapi setakat itu sahaja derita aku pun aku tak boleh nak tanggung. 

 

setiap kali aku buka Twitter penuh rasa amarah, rasa penat, rasa nak memberontak dengan beribu satu perasaan yang aku tak pernah rasa....helpless.

tapi aku orang yang beruntung, 

ada bumbung di kepala,

ada makanan di meja,

semua serba lengkap. apa yang aku boleh tolong?

 

seramai 728,100 orang menganggur,

tapi berapa ramai yang dipotong gaji?

berapa ramai yang kehilangan tempat tinggal?

berapa ramai yang hilang akal nak bagi anak isteri makan apa?

berapa ramai yang benci akan kehidupan skrg masih tertanya apa patut aku mati?

sesiapa tolong la beritahu aku, apa aku boleh tolong? 

 

hampir dua tahun habiskan masa, pertaruhkan nyawa tapi kenapa kita masih di garisan permulaan?  seolah 18 March 2020 berulang lagi.

 

ahli politik kejar harta, status dan pangkat, 

nyawa rakyat diperjudikan,

tiada kata yang boleh zahirkan betapa hinanya kerajaan kali ini. 

apa yang kau rasa bila dibenci oleh satu negara?

apa yang kau rasa bila dikeji oleh rata rata semua?

apa yang kau rasa bila yang dipermainkan bukannya jawatan, 

bukannya wang,

bukannya sokongan,

tapi nyawa.

 

nyawa seorang ayah, ibu, kakak, adik, abang, kawan, suami, isteri, anak, cucu,

nyawa orang yang cuba nak jalani kehidupan seperti biasa. 

 

benda ni buat aku persoal apa kau semua masih percaya pada tuhan? apa kau masih ada agama? ada tak sekelumit rasa malu dengan kegagalan?

sungguh aku kata kaunter maaf dah takde, sungguh aku kata jijik dengan maaf kau. 

 

 

dari ke yang atas yang ter-"Agong" sehinggalah ke akar, semua tak ada guna. 

 

aku tak tahu lah. aku pun dah terlalu lelah. 

aku tak sangka post kali ini boleh jadi semarah ni.

aku dah hilang akal. aku doakan Malaysia kembali sembuh, aku doakan ahli politik dilaknat, aku doakan mereka tak diampunkan, aku doakan pemimpin zalim tak dapat bau syurga.

 

lupa ke apa tuhan kata? doa yang teraniaya selalu makbul.

 

haritu aku kata dekat umi "mi, jangan kesian dengan ahli politik2 bodoh ni mi. dia sakit ke dia tenat ke kena cancer ke jangan kesian, kita tak rasa mi, tapi org kat luar sana mcm nak mati cari duit, jangan kesian lansung. tak payah kesian jangan jadi melayu yang terlalu kesiankan orang sampai lupa hak"  

 

mak aku diam jela. aku pun tanya "umi dengar tak mi?" dia pun mcm "yelah" 

sepanjang dua tahun ini, banyak yang aku dapat lihat, yang buruk dan yang baik, 


tak pernah mengecewakan aku dengan orang kita yang ikhlas mahu membantu,

tak pernah tak mengecewakan aku dengan mereka yang menghina dan memperlekehkan mereka yang meminta bantuan,

dapat aku lihat betapa buruknya hati manusia,

takut aku dengan apa yang di sebalik senyum, lupa ke? semua harta yang ada bukannya milik kau sepenuhnya tapi diamanahkan tuhan untuk berkongsi. 

aku doakan semua urusan kamu semua dipermudahkan, aku doakan keluarga aku baik baik saja, aku doakan kawan kawan aku semua sihat, aku doakan kita boleh ke yang asal semula. 

dapat lihat langit biru tanpa penghadang muka,

dapat jalan rentas bandar tanpa halang penguasa,

dapat nikmat hidup dengan selesa.