Saturday, March 23

tuhan

oh tuhan, di manakah sebenarnya jalan pulang?
berkali kali aku mencari, aku lihat dengan teliti satu persatu cebisan memori,
jika ada sesuatu yang aku terlepas pandang,
siapakah aku sebenarnya?
apa yang aku mahu sebenarnya?
perjalanan yang mereka kata perit ini berlalu dengan terlalu pantas sehingga aku lupa bahawa rupa ini, rasa ini, kekuatan ini, pemberian ini hanya sementara. 

oh tuhan, apakah sebenarnya tujuan adanya aku disini?
kadang hambaMu ini tersesat, 
tersasar dari pangkuan,
kadang dia lupa kerana,
dia mahukan kebebasan,
tapi sebenarnya apakah itu kebebasan?
bebas dari tanggungjawab?
bebas dari beban?
bebas dari dosa?
atau sebenarnya kita hanya mahu larikan diri?
jauhkan diri dari kenyaataan,
dari segala yang menyakitkan,
justeru itu, aku terus bertanya pada yang Maha Kuasa
adakah aku layak lagi untuk berada di bawah naunganMu?

bertanya pada tuhan, pada yang mencipta kau dan juga aku,
hamba yang mempersoalkan tuan, 
tidakkah itu tidak tercapai dek akal?

oh tuhan, sungguh aku tidak sempurna,
sungguh aku bertanya pada waktu hati tidak tenang,
sungguh aku berkata pada waktu jiwa tidak tenteram,
sungguh aku ini tidak minta dilahirkan, 
dan ada waktu terlintas di benak fikiranku,

mungkin, 
inilah dia balasan tuhan,
untuk aku yang mempersoal.