aku selalu tertanya tanya, apa gunanya kejar mimpi tapi bukannya mimpi sendiri?
terlintas di benak fikiran aku yang masih dalam proses perkembangan ni, yang aku tak mahu kejar impian orang lain. aku ada hajat aku sendiri untuk masa depan aku.
kadang kadang aku rasa mengah, lari terhegeh buat orang lain bangga. aku usaha bagai nak gila, tapi masih tak setara dengan mereka yang bertuah. aku usaha sampai rasa kenapa aku begini? mana kehidupan aku sebenarnya? hanya semata untuk mengejar angka perpuluhan dan selempang jambu merah untuk mendapat penghargaan dari orang asing dan ucapan tahniah separuh hati? apa kepuasannya untuk aku? mana kegembiraan untuk aku?
tapi tidak pula aku menolak tepikan fakta bahawa kejayaan akademik itu adalah satu tiket untuk berjaya, untuk ke fasa seterusnya.
cuma pilihan untuk berjaya dari segi akademik itu bukannya untuk semua.
aku percaya akan satu hari nanti tiba saat di mana engkau akan menyerlah, lagi terang dari mereka yang mengejek dan aku percaya bahagian kau ada, cuma berbeza dari yang lain. setiap individu itu berlainan dari pelbagai segi.
setiap satu itu istimewa,
cuma belum jumpa kelebihan masing masing.
semua berada di bawah langit yang sama, menerima rezeki dari yang sama.