Friday, December 8

2017

Cuba bayangkan kalau, apa yang kita ada pada ketika ini sebenarnya hanya mimpi. Apa yang kita usahakan selama hampir 2 dekad hidup kau ni, hanya mimpi dan sekaranglah baru bermulanya realiti. Dan akan ada satu hari kau akan bangun dari tidur, lepastu kau lupa mimpi kau, sia sia semuanya. Secara totalnya, itulah apa yang aku selalu fikirkan sepanjang tahun ini. Tiada banyak benda pun, IQ aku masih pada tahap yang sama, below average. 2017 berlalu bagai angin, tahun terakhir remaja aku terasa kosong tapi buat pertama kalinya, aku puas hati dengan pencapaian aku. Aku selalu fikir semenjak dua menjak ni, apa yang patut aku buat kalau aku diberi buku baru, garisan permulaan baru tanpa garisan penamat, atau dalam erti kata lain aku diberi satu lagi peluang untuk cuba perbaiki hidup aku yang masih tak jelas arah tujunya. 

Pada saat ini, aku sedang menaip dengan pantas, dalam gelap, di bilik rumah sewa yang aku kongsi dengan roomate yang sanggup berkawan dengan aku selama dua semester dan aku masih cuba untuk memahami macam mana aku boleh ada dekat sini? Pernah tak, tetiba kau duduk di satu tempat, bilik, kelas, dalam kereta, di tandas dan sebagainya kau terfikir macam mana aku boleh end up di sini? Dalam banyak-banyak tempat, dekat sini juga kau ada. Aku selalu rasa macam tu sampai aku dah level kagum dengan kebolehan aku untuk menerawang ke angkasa. Bagaimanapun, berbalik pada topik asal. Sebagai contoh, disebabkan terlalu sibuk dengan hidup dan kelekaan dalam menjalankan tanggungjawab sama ada kepada Ilahi, diri sendiri dan ibu ayah, aku terlupa yang aku ini sebenarnya dah besar. Waktu Addmath, Form5, Puan Seleyza, Ibnu Sina, barisan kedua dari hadapan, sambil termenung melihat angka-angka asing di papan hitam, dengan background bunyi kapur dan Azwa (deskmate) acah-acah fokus, something terlintas di fikiran aku "kenapa aku disini? Bagaimana aku boleh ke sini?" dan pelbagai lagi soalan keluar tanpa ada jawapan untuk diberi. Sudah beberapa kali perkara ini berlaku sampai aku rasa dah bosan tapi masih aku kagum. Untuk lebih mudah difahami, aku tak sangka aku yang gemuk gedempol yang masa 6 tahun tak sabar nak besar ni dan besar (both physically and mentally).  Dah sejauh ni aku sampai. 

Pembaca sekalian, 19 tahun. Aku dah hidup 19 tahun, berbagai benda aku dah lihat, rasa, dengar. Aku lepas beberapa benda untuk muatkan yang baharu, aku cuba benda yang aku dah lama nak jadi, aku lihat perubahan mereka yang di sekelililing aku, dan aku bangga dengan apa yang aku dah capai. Kedatangan tahun yang baru makin hampir, beberapa langkah lagi. Bukan nak jadi cliche' tapi sudah menjadi tradisi untuk ada azam pada setiap muka surat pertama. Aku berharap tayar kereta aku dapat yang baru sebab aku tak suka tayar spare, aku harap driving skills aku dihargai, dapat teruskan diet dengan consistent, dapat duit dengan banyak, moga crush aku rajin-rajin lah tegur dan etc. Moga tahun hadapan lebih baik dari tahun sebelumnya. Terima kasih kepada yang masih ada di sisi dan tutup salam kepada yang terlupa aku masih di sini. I met new people and aku rasa bersyukur diberi orang yang baik baik untuk aku berkawan. Beribu benda tahun ni ajar aku, berjuta benda aku ubah dalam diri tapi masih ada yang belum sempurna. Ada banyak cerita aku nak beritahu, tapi terlalu banyak untuk ditaip. Moga kita dapat berjumpa sebab lagi seronok kalau ada di depan mata. Cheers to a new start. Assalamualaikum.










Salam Ikhlas, 

Sha.