Apa khabar semua?
Aku dah dua tahun tak ada update life aku, kadang aku rasa macam dah lupa bunyi papan kekunci, ruang gelap dan bunyi kipas berputar saat aku luahkan segala rasa. Dulu aku selalu menaip dalam gelap, masa 16, masa 17, makin tua ni, denyutan belakang mata tu lain macam rasanya. Jadi aku pun menaip dalam terang sambil facetime dengan kawan baik aku. Hiruk pikuk diorang dua borak, aku tolak tepi sebab tiba tiba sampai mood nak bercerita. Tengok-tengok mood sampai selepas dua tahun.
Dua tahun ya,
Aku dah habiskan degree, entah macam mana aku sambung benda lain pula. Aku ada mohon kerja and dapat offer placement tapi aku decide untuk tolak, sebab dapat offer full scholarship course yang aku nak. Hence, tiba tiba aku di bandaraya yang penuh manusia dan aku berjalan pusing Kuala Lumpur hampir setiap minggu. Dapat pula accommodation with view yang mantap, paling aku rindu sekali nanti view rasanya. Bangun tidur nampak sunset warna oren, kuning, awan putih. Perlahan-lahan sapa muka, minta bangun. Hari yang baru dah pun tiba.
Aku ingat lagi Ramadhan 2022, aku mohon Tuhan murahkanlah rezeki aku, sungguh aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku takut nak dewasa, aku takut nak decide perkara-perkara besar tapi tak bermakna kali ini aku lari. Aku just rasa tenang untuk buat perkara rutin dari cuba benda yang baru. Aku pergi dekat 5 concerts dah dari Nadin Amizah ke Feby Putri. Aku tak expect aku tiba-tiba minat lagu indo. Paling berkobar tunggu Sheila on 7 jejak kaki ke tanah Melayu je ni. Aku jumpa kawan-kawan baru which aku harap kekal sampai ke tua apa pun tali ikatan kita, aku have fun sangat sampai aku rasa sayang nak habis dah perjalanan ni.
Aku ada tersuka someone sepanjang kecoh dan riuh semua, aku rasa cinta bukan untuk orang yang macam aku. Aku doa lagi pada Tuhan, bawalah rasa ni pergi, aku dah penat. Dua tahun yang tiada apa, aku tak nak kata buang masa sebab aku belajar bermacam perkara, dari siapa aku sebenarnya ke discovery yang aku lagi suka kalau hidup berseorang. Tapi ada hari aku sunyi juga, ada hari aku just nak bahu buat lepas lenguh di tengkuk, tangan nak genggam bila terasa sejuk dan telinga nak dengar celoteh dan bebelan aku yang tak pernah masuk akal. Aku terfikir, mungkin sebab itulah orang berkeluarga. Apa yang ada tak kekal, yang sekarang nanti akan ditinggalkan. Aku rasa masa tu kejam, even sekarang dia masa berlalu. Tak sempat untuk aku bernafas, heh sedangkan itu alasan. Hanya mahu atau tidak saja.
Aku dah lepaskan dia. Dulu kepala serabut bila rasa suka dah tiada, baru waras pun tiba. Yang aku sukakan hanyalah ekspektasi dan idea of dia dalam kepala aku. His potential and what ifs. Jadi, bila semuanya hilang, dia hanyalah lelaki. Manusia biasa. Tiada yang istimewa. Dan aku tanya diri aku, pelikkan? perasaan yang dulu bertimbun-timbun hilang. Aku rasa limit aku dah sampai. Dia memang sampah dan sampah yang begitu tak sesuai untuk tong sampah yang macam aku. Mine, I prefer dia lebih teratur dan terikat. Ideologi macam tak kena tapi tak apa sebabnya segala caci maki dah habis diguna. Just sometimes teringat jadi marah, jadi menyesal.
Dua tahun ya?
Orang yang aku sayang, nenek aku. Nenek aku meninggal 9 September lepas. Paling aku menyesal, aku tak minta maaf jarang melawat sedangkan sayang dia ke aku hanya Tuhan yang tahu. Dah hampir 2 bulan, tapi kadang aku terlupa dia dah tiada. Terlintas di fikiran "nanti nak minta dia masakkan nasi goreng lah" "nanti nak lawat lah" "oh tudung ni lawa ni, boleh beli pakai raya". Maafkan Sha ya Tok Mak, Sha pelupa orangnya. Selalunya setiap tahun belikan kain, hantar ke tailor, belikan tudung, hantar ke rumah. Kadang terfikir barang yang dikirim mungkin alasan untuk bawa aku pulang tapi aku pula terlalu itu ini. Lupa ya hahaha, yang masa itu tak pernah menunggu. Aku tak reti lah handle perasaan macam ni, bila teringat sesak dekat dada ni macam nak mati. Kali terakhir aku jumpa, dua hari sebelum dia tiada, sempat aku genggam tangan, bacakan Yassin. Malam dia pergi, aku lambat 15 minutes. Terdetik hati nak pergi dengan satu family. Aku bersyukur aku pergi, urusan di hospital sampai lah ke tempat tidur abadi dia, aku ada. Sha ada ya Tok Mak. Dari awal ke habis.
Aku minta Tuhan bagi dia tempat yang selesa, jiran yang baik. Ampunkan lah dosanya. Ampunkan lah dia. Tempatkan lah dia di kalangan orang orang yang beriman. Nanti kita jumpa dekat sana, Tok Mak boleh buat open house, kita kumpul ramai-ramai.
Aku dah nak di penghujung ni. Dah habis benda nak borak.
Oh, Aku dah nak habis dah professional cert ni. Lagi sebulan je lagi pastu melangkah ke alam dewasa yang katanya menggerunkan. Tapi aku excited juga nak belajar menapak sendiri. Aku harap dapat lah kerja aku nak di tempat aku nak tu. Aku look forward dengan apa yang dunia nak beri di hadapan nanti. Dua tahun ni macam-macam jadi, tapi aku rasa paling aku ingat aku pergi Sunway Lagoon. Best gila. Harapnya kalau ada yang membaca boleh pergi juga. Semoga baik baik saja semuanya.
Semoga yang disemogakan itu ada.
Seperti selalu,
Shahira.

